Why are Personalized Plaques Better Gifts? » Discussions


Australia, Malaysia, Singapura

  • September 6, 2021
    Australia, Malaysia, Singapura & Afrika Selatan Bakal Menguji CBDC Untuk Transaksi Antarabangsa



    Pengujian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha terbaharu Project Dunbar oleh Bank for International Settlement (BIS) yang mahu mewujudkan prototaip platform bersama (shared platforms), membolehkan penyelesaian antarabangsa dilakukan.To get more news about BNB, you can visit wikibit.com official website.
      Penjelasan melalui kenyataan rasmi pada hari ini: "Platform multi-CBDC ini akan membolehkan institusi kewangan untuk menjalankan transaksi secara langsung antara satu sama lain dalam bentuk matawang digital yang dikeluarkan oleh bank pusat yang terlibat, sekaligus menyingkirkan keperluan perantara dan mengurangkan tempoh masa dan kos transaksi."
      Projek ini diterajui oleh BIS Innovation Hub Singapura merancang untuk bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi bagi membangunkan prototaip teknikal di platform teknologi lejar diedarkan yang berbeza.
      Mereka juga akan meneroka pelbagai reka bentuk pentadbiran dan pengoperasian yang membolehkan bank pusat berkongsi infrastruktur CBDC, sekaligus menyokong roadmap G20 dalam meningkatkan keupayaan pembayaran rentas sempadan.
      Dijangka prototaip teknikal platform bersama akan didedahkan di Singapore FinTech Festival pada November ini.
      Selain daripada empat negara ini, satu lagi projek yang berbeza melibatkan penggunaan CBDC dalam pembayaran rentas sempadan sedang dalam penelitian melibatkan China, Hong Kong, Thailand, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).